KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakam setinggi penghargaan terhadap Sultan Muhammad V di atas khidmat bakti baginda ketika menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Melalui kenyataan di laman Facebooknya, Abdul Hadi turut menghargai peranan Sultan Muhammad V sebagai tonggak agama, perpaduan dan keadilan negara.
Iklan
Iklan
Patik merafak sembah menjunjung kasih kepada Sultan Muhammad V atas khidmat bakti Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 .
"Patik dan sekalian rakyat merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuanku yang telah berperanan sebagai tonggak agama, perpaduan dan keadilan bagi kesejahteraan negara dan sekalian rakyat jelata dengan baiknya,” katanya, hari ini.
Abdul Hadi turut mendokan baginda sentiasa diberkati ALLAH di bawah lindungan-Nya untuk mentadbir Negeri Kelantan Darul Naim bagi menjaga dan membangunkan negeri berkenaan dengan adil dan sejahtera.
Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz melalui kenyataan media Istana Negara memaklumkan Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa serta merta.
Artikel Berkaitan