'Selamat tinggal rakan kelas'

Iklan
Paparan video pertemuan dan perpisahan bersama rakan sekelas.

SHAH ALAM - Pertemuan dan perpisahan. Dua perkataan yang perlu dihadapi oleh setiap insan.

Walau episod suka menjadi pertemuan yang membahagiakan sudah tentu episod duka menjadi saksi perpisahan.

Iklan
Iklan

Itu gambaran video yang tular di laman sosial setelah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menamatkan zaman persekolahan mereka sebelum masing-masing mengejar kerjayanya.

Menerusi Twitter Muammar, remaja ini berkongsi satu klip pendek merakamkan detik perpisahan dirinya bersama rakan sekelas.

Iklan

Video berdurasi 1 minit 12 saat dengan kapsyen 'Bye classmate' itu memaparkan 26 pelajar yang lengkap beruniform sekolah memenuhi pekarangan sekolah untuk bersedia merakam foto terakhir mereka.

Dalam kegembiraan merakam foto itu, video itu juga memaparkan momen sedih apabila adegan satu persatu pelajar itu keluar dan pergi meninggalkan kumpulan tersebut.

Iklan

Momen sedih apabila satu persatu pelajar keluar dan pergi meninggalkan kumpulan tersebut.

Ia melambangkan simbolik pertemuan dan perpisahan mereka meninggalkan jejak di sekolah sebelum membawa haluan masing-masing.

Kata Muammar, dia pasti merindui gelak tawa, lakonan, nyanyian dan gelagat rakan-rakannya di dalam kelas termasuk momen dimarahi guru, kerana kenangan itu nilainya begitu tinggi.

Setiap kenangan manis yang pernah tercipta penuh keindahan adalah pengalaman berharga meskipun kadang terselit kepahitan yang membuatkan titisan air mata.

Netizen yang menonton video itu turut sedih kerana merasai apa itu erti perpisahan.

"Weh saya nangis tengok video ni," kata @ydofi.

@tngkuman,"Weh sebak rasanya... walaupun saya selalu kena pulau kat kelas, saya selalu senyum dan gembira bila tengok classmates aku gembira." tulisnya.

Sehingga kini video itu meraih lebih 194,400 tontonan, lebih 13,500 ciapan dan 21,700 tanda suka dari netizen.