Budak maut digigit, diseret anjing

Iklan
Laluan yang biasa digunakan mangsa untuk pergi ke sekolah.

SHIJIAZHUANG - Perjalanan seorang budak perempuan ke sekolah di utara China berakhir dengan tragedi apabila dia maut diserang dua ekor anjing.

Kejadian tragis membabitkan mangsa berusia 9 tahun itu berlaku di daerah Quyang, wilayah Hebei.

Iklan
Iklan

Mangsa dikenali sebagai Ling Ling meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian leher dan kepala selepas digigit serta diseret anjing itu sejauh kira-kira 50 meter.

Saksi berkata, kakak serta rakan mangsa bertindak membaling batu ke arah anjing-anjing tersebut dengan harapan ia melepaskan gigitan kuat terhadap mangsa.

Iklan

"Apabila taktik berkenaan gagal, kakak mangsa berlari pulang ke rumah dan memanggil ibu-bapa mereka.

"Tapi, semuanya sudah terlambat apabila mangsa kehilangan banyak darah. Ling Ling meninggal dunia di hospital," katanya.

Iklan

Sementara itu, pemilik anjing berkenaan memberitahu polis bahawa dia tidak menyedari insiden yang menimpa Ling Ling.

Sejak beberapa hari lalu, netizen di China yang naik berang dengan kejadian menimpa Ling Ling menuntut pemilik anjing berkenaan dikenakan hukuman setimpal. - Agensi