Dua pelombong maut, 13 hilang lombong arang batu haram runtuh

Iklan
Penduduk setempat secara haram menggunakan kaedah berbahaya dikenali sebagai lubang tikus menuju ke sumber arang.

SHILLONG - INDIA. Sekurang-kurangnya dua pelombong maut dan 13 lagi terperangkap dalam kejadian lombong arang batu haram runtuh di kawasan terpencil timur laut India.

Polis berkata, nasib kesemua mangsa tidak diketahui selepas lombong di negeri Meghalaya itu dinaiki air.

Iklan
Iklan

Insiden terbaharu itu berlaku di perkampungan Jalyiah pada Jumaat, tidak jauh dari perkampungan Ksan dimana 15 pelombong terperangkap dalam satu lagi kejadian lombong arang batu haram runtuh, sejak 13 Disember lalu.

Nasib 15 pelombong terbabit sehingga kini masih tidak diketahui dan dikhuatiri terkorban selepas lombong terbabit dinaiki air, ditambah usaha menyelamat yang berjalan perlahan.

Iklan

Mahkamah mengharamkan kegiatan melombong arang di kawasan terbabit sejak tahun 2014 susulan aduan aktivis alam sekitar bahawa ia mengakibatkan pencemaran air menjadi semakin buruk.

Kegiatan itu bagaimanapun diteruskan oleh penduduk setempat secara haram menggunakan kaedah berbahaya dikenali sebagai lubang tikus.

Iklan

Ia termasuk menggali lubang di lereng bukit dan membentuk satu terowong kecil menuju ke sumber arang.

Enam tahun lalu seramai 15 pelombong terbunuh apabila terperangkap di dalam lubang tikus, juga di negeri Meghalaya dan mayat mereka tidak pernah ditemui sehingga hari ini. - Agensi