Ampang Jaya BC, Puchong Utd BC dalam kelas tersendiri

Iklan
Pemain perseorangan wanita Puchong United BC, Ho Yen Mei mengatasi pemain Petaling BC, Gabriela Meilani Moningka 3-1 (11-9 11-10 7-11 11-9) dalam pertemuan terakhir peringkat pertama SSPL.

KELAB Badminton (BC) Ampang Jaya dan Puchong United BC menjadi pasukan terawal mara ke pusingan akhir SS Purple League (SSPL) 2018/19 setelah menduduki dua tangga teratas saingan peringkat pertama.

Ampang Jaya BC mara selaku juara peringkat pertama SSPL manakala Puchong United BC pula layak selaku naib juara selepas seri 10-10 ketika menentang Petaling BC dalam perlawanan sengit di Gem In Mall semalam.

Iklan
Iklan

Memulakan perlawanan, Puchong United BC tewas dalam acara perseorangan lelaki apabila Alfred Lau Yu Leong yang kali pertama turun beraksi tidak mampu menandingi lawannya daripada Petaling BC, Chong Yee Han. Alfred apabila tewaa 1-3 (11-7 1-11 5-11 2-11).

Pemain perseorangan wanita Puchong United BC, Ho Yen Mei kembali meletakkan pasukannya di landasan kemenangan apabila mengatasi pemain Petaling BC, Gabriela Meilani Moningka 3-1 (11-9 11-10 7-11 11-9).

Iklan

Gandingan Tan Boon Heong- Tan Kian Meng terus memantapkan lagi kedudukan Puchong United BC apabila mengatasi pasangan Petaling BC, Man Wei Chong- Shia Chun Kang 3-0 (11-9 11-4 11-7) untuk mendahului 7-4.

Apapun, Puchong United sekali lagi tewas dalam acara beregu campuran apabila Goh Liu Ying- Tang Chun Man terpaksa akur tewas tipis 2-3 (8-11 11-8 11-8 10-11 7-8) kepada Terry Hee Yong Kai- Lai Pei Jing.

Iklan

Keputusan itu memberikan ruang Petaling BC kembali merapatkan jurang kepada 9-7.

Tan Boon Heong-Tan Kian Meng beraksi mantap dalam beregu lelaki apabila mengatasi pasangan Petaling BC, Man Wei Chong- Shia Chun Kang 3-0 (11-9 11-4 11-7). Puchong United mara ke pusingan akhir SSPL setelah berada di kedudukan kedua liga.

Perlawanan terus sengit apabila Puchong United BC sekali lagi menerima saingan hebat daripada Petaling BC. Lee Cheuk Yiu yang mewakili Puchong United BC berhempas pulas sebelum tewas kepada Iskandar Zulkarnain 1-3 (10-11 11-6 9-11 7-10) namun kedudukan keseluruhan terikat seri 10-10 untuk membolehkan Puchong United mara.

Pengurus Puchong United BC, Irina Inozemtseva berkata, mereka adalah juara bertahan menerima tentangan sengit semua pasukan lawan.

"Apapun katanya beliau gembira kerana pemain mempamerkan permainan konsisten dari permulaan liga.

"Daripada pemain muda hinggalah pemain ranking atasan dunia yang dibawa masuk, semuanya beraksi dengan baik.

"Layak secara automatik ke pusingan akhir bermakna berada di peringkat separuh akhir. Namun, bukan mudah kerana semua pasukan sudah faham permainan pasukan masing-masing dan cuaca Genting Highlands juga perlu diambil kira.

"Kami akan menyusun strategi untuk menghadapi lawan di peringkat kalah mati nanti,”kata Irina.