Operasi mencari kanak-kanak orang asli hilang

Iklan
Poster kehilangan mangsa yang dikeluarkan PDRM.

GERIK - Seorang kanak-kanak lelaki orang asli berusia 10 tahun disedari hilang di sebuah pondok di Kampung Agek, Hulu Sungai Temenggor di sini kelmarin.

Mangsa, Rawi Samari disedari hilang oleh neneknya kira-kira jam 1 pagi sebaik tersedar dari tidur.

Iklan
Iklan

Mangsa gagal ditemui menyebabkan satu laporan polis dibuat pada jam 3.42 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, SAR diteruskan hari ini melibatkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Iklan

"Perjalanan ke lokasi kejadian dijalankan mengambil masa enam jam dengan menaiki bot dan berjalan kaki.

"Mengikut maklumat keluarga, mangsa mempunyai tabiat sering bangun di tengah malam dan berjalan," katanya.

Iklan

Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, operasi pencarian membabitkan kegunaan aset seperti bot aluminium milik Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama dan Kamunting.

"Pihaknya menerima maklumat dari pihak polis dan memulakan operasi hari ini dengan menuju ke Pos Kemar.

"Operasi diketuai Ketua BBP Gerik, Azizul Aswad Asaris dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan berikutan liputan talian yang terhad," katanya.