'Jadikan bah kuning 2014 sebagai pengajaran'

Iklan
Gambar hiasan

GUA MUSANG - Seramai 1,540 penduduk di mukim Bertam di sini bersiap sedia dengan kemungkinan banjir melanda pada musim tengkujuh ini.

Insiden bah kuning 2014, memberi pengajaran kepada mereka agar lebih peka dan bertindak lebih cepat sekiranya air mulai naik di kawasan-kawasan rendah.

Iklan
Iklan

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Othman Mustafa berkata, persediaan banjir di empat kampung di bawah Mukim Bertam iaitu Kampung Bertam Lama, Kampung Bertam Baru, Kampung Jelekang dan Kampung Jambatan Bengkok disiapkan sebelum tiba musim tengkujuh lagi.

Banjir 2014 adalah banjir paling besar yang melanda kampung itu kerana 30 buah rumah tenggelam dan hanyut dibawa arus.

Othman berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya, penduduk kampung sentiasa peka dan berwaspada sekiranya hujan di bahagian hulu seperti di Kuala Betis akan mengakibatkan kawasan mereka dinaiki air.

Iklan

"Insiden bah kuning masih terbayang di fikiran penduduk yang mana hampir kesemua harta benda musnah dibadai banjir. Proses pemulihan pula memakan masa.

"Apabila hujan berlarutan, kami akan bimbang takut melarat. Bagaimanapun, persediaan sudah siap sepenuhnya seperti bekalan makanan, perkhidmatan bot dan pengangkutan.

Iklan

"Gabungan agensi juga sudah bersiap sedia dengan kemungkinan banjir seperti yang diramalkan baru-baru ini," katanya yang turut menyertai taklimat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi persediaan menghadapi bencana banjir.

Bagi penduduk Kampung Bertam Baru, Daud Mamat, sepanjang lima tahun, kawasannya tidak pernah dilanda banjir selepas insiden bah kuning 2014.

"Banjir 2014 adalah banjir paling besar yang melanda kampung kerana 30 buah rumah tenggelam dan hanyut dibawa arus.

"Kita berharap agar kejadian yang sama tidak berulang lagi pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya," katanya lagi.