MBSA anjur seminar Jom Ubah Tandas Kita

Iklan
Harris (kanan) ketika merasmikan Seminar Tandas Bersih sempena sambutan Hari Tandas Peringkat Bandar Raya Shah Alam 2019 bertempat di Hotel Grand Bluewave, Seksyen 14 Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM - Bertemakan ‘Jom Ubah Tandas Kita’, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Seminar Tandas Bersih sempena sambutan Hari Tandas Peringkat Bandar Raya Shah Alam 2019 bertempat di Hotel Grand Bluewave, Seksyen 14 Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, seminar tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam terhadap budaya tandas bersih di semua premis/bangunan.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan usaha pihak MBSA untuk menyediakan kemudahan tandas awam yang bersih, ceria, dan selesa untuk menarik kedatangan para pelancong dalam dan luar negara ke Bandar Raya Shah Alam.

"MBSA menyasarkan untuk mewujudkan tandas awam bertaraf lima bintang bagi setiap kategori tandas sebagai penanda aras dan contoh kepada premis-premis lain," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Seminar Tandas Bersih sempena Sambutan Hari Tandas Peringkat Bandar Raya Shah Alam 2019 bertempat di Hotel Grand Bluewave, Seksyen 14 Shah Alam baru-baru ini.

Beliau berkata, seminar itu juga merupakan salah satu usaha Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA untuk meningkatkan tahap kebersihan tandas awam khususnya di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

Iklan

"Antara pengisian program Seminar Tandas Bersih adalah taklimat daripada Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM) bertajuk ‘Rekabentuk Tandas Terbaik – Tandas Selamat dan Mesra Pengguna’.

"MBSA juga turut menjemput Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Shah Alam yang telah memenangi Tempat Pertama Pertandingan Anugerah Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 bagi sesi Perkongsian Amalan Terbaik bersama peserta seminar," katanya.

Menurutnya, MBSA melihat usaha ini sebagai salah satu langkah proaktif bagi mendidik para kontraktor dan juga orang ramai terhadap kepentingan menjaga kebersihan tandas sekaligus menjadikan ia sebagai satu komitmen secara berterusan oleh semua pihak.

"Pada tahun hadapan, pihak MBSA mensasarkan lebih banyak lagi penyertaan daripada premis restoran, rumah ibadat, sekolah dan stesyen minyak untuk turut serta menyertai Anugerah Tandas Bersih Shah Alam.

"MBSA juga akan menaik taraf tandas-tandas awam milik Majlis secara berperingkat dan mewujudkan smart public toilet bagi memberikan keselesaan kepada pengguna serta merangka pelbagai program kesedaran dan latihan kepada pemilik premis serta operator pembersihan tandas," katanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam Datuk Harris Kasim.