SHAH ALAM - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2019 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mulai 6 hingga 8 Disember ini akan memberi tumpuan kepada ucapan dasar presiden parti.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ucapan dasar berkenaan akan menjadi isu utama sempena kongres kali ini.
Iklan
Iklan
"Pada kongres kali ini, semua perwakilan, pimpinan akan memberikan fokus kepada ucapan dasar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu tidak ada pemilihan pada kongres kali ini," katanya.
Sementara itu Saifuddin Nasution berkata, kesemua perwakilan boleh mengambil bahagian pada sesi perbahasan dan bebas bercakap sebarang isu tanpa sebarang halangan.
"Mereka boleh gunakan platform ini seluas-luasnya untuk bercakap mengenai isu rakyat, manifesto peluang pekerjaan dan sebagainya," katanya.