PARIS - Sukarelawan dari pusat penyelamat haiwan, Radeau des Animaux di Ferel, Perancis menyelamatkan seekor kucing jantan dengan hampir 1 kilogram 'dreadlock' di belakang badannya.
Ketua pusat penyelamat, Dominique Bacot berkata, kucing yang diberi nama Chamade itu memiliki bulu panjang ketika ia tiba di tempat perlindungan tersebut.
"Kucing boleh gaya itu apabila bulu di bahagian bawah tumbuh dan bertindan dengan bulu di bahagian atas. Proses ini dipanggil matting.
"Kebanyakan pemilik biasanya hanya menumpukan pada lapisan atas ketika mendandan kucing mereka dan mengabaikan simpulan yang berpintal di bahagian bawah," katanya.
Disebabkan telah terlalu lama tidak dijaga, bulu Chamade telah menjadi keras sehingga menyukarkan sukarelawan untuk menyelamatkan bulu tersebut dengan hanya menyikatnya.
Chamade yang dianggarkan berusia sembilan tahun kini dijaga sebuah keluarga yang begitu menyayanginya. - Agensi