6 rumah, 10 kenderaan rosak ditimpa tangki air pecah

Iklan
Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari, sebanyak enam rumah dan 10 kenderaan rosak ditimpa tangki air. Gambar kiri: Masih kelihatan besi yang tergantung di menara tangki sejurus kejadian berkenaan.

KUANTAN - Sebanyak enam rumah dan 10 kenderaan rosak akibat ditimpa tangki air yang pecah dalam kejadian di Berek Polis Pelindung tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari itu, empat motosikal yang berada berhampiran turut rosak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rumah terbabit rosak pada bahagian dapur tetapi tidak membabitkan kecederaan.

Keadaan di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun masih terdapat beberapa besi yang boleh terjatuh dan dalam keadaan bahaya tetapi tindakan sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi media, sebentar tadi.

Iklan

Mohamad Noor berkata, polis telah menghubungi Jabatan Kerja Raya dan Pengurusan Air Pahang Berhad bagi kerja-kerja selanjutnya.

Menurutnya, siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Iklan
Keadaan bahagian bawah tangki yang berselerak selepas kejadian.