Jika orang Indonesia buli, Shiha faham, tapi…

Iklan
- Foto Instagram Shiha Zikir

PENYANYI Shiha Zikir meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang memperlekehkan usahanya dalam mengembangkan kerjaya nyanyiannya di Indonesia.

Kata penyanyi lagu Pipiyama ini lagi, jika sikap itu ditunjukkan orang luar, dia boleh menerima keadaan itu, namun apabila ia lakukan oleh rakyat Malaysia sendiri, ia sedikit sebanyak melukakan hatinya.

Iklan
Iklan

"Tak semua orang Malaysia buli, tapi segelintir sahaja. Yang lainnya masih ada yang support dan happy Shiha dapat ke Indonesia. Jika orang Indonesia bully Shiha, Shiha faham sebab mungkin Shiha orang luar. Tapi kalau orang negara sendiri yang bully, itu Shiha tak faham.

"Tak apa apalah, masih ada kalian yang sudi support Shiha. Tak kira di mana asalnya kalian, dah cukup buat Shiha happy! Terima kasih banyak kerana menghargai Shiha.

Iklan

Menurut Shiha, bukan mudah untuk seseorang artis menembusi pasaran luar negara. Justeru kejayaannya menempatkan diri di Indonesia seharusnya mendapat sokongan yang sebaiknya dan bukan diperlekehkan.

"Dari sampai Malaysia hari tu lagi Shiha agak terkejut baca komen-komen di akhbar yang keluarkan story Shiha waktu di Indonesia. Segelintirnya banyak yang perlekeh, tapi orang Indonesia banyak pula yang support. Terbalikkan?

Iklan

"Sepatutnya orang kitalah yang kena support sebab bukan mudah nak masuk pasaran mana-mana negara luar. Tak faham. Tak apa, Shiha akan tetap berjuang dalam dunia seni, sebab Shiha cintakan dunia seni, bukan sebab populariti.

"Kalau Shiha ni jenis nakkan populariti, dah lama dah Shiha create any controversy. Tapi Shiha tak nak cari populariti dengan cara macam tu. Biarlah orang kenal atau tak kenal Shiha hanya melalui lagu atau apa-apa pencapaian Shiha dalam dunia seni. Itu dah mencukupi,” luah Shiha di Insta Story miliknya.