Bumbung bilik guru tercabut

Iklan
Sebahagian bumbung yang diterbangkan angin dalam kejadian di Kampung Seri Tiram Jaya di sini, petang semalam.

TANJONG KARANG - Bumbung bilik guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Tiram Jaya dan bumbung garaj kenderaan Masjid Nurul Ehsan rosak diterbangkan angin kencang dalam kejadian hujan lebat di sini petang semalam.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seri Tiram Jaya, Norhizam Jani berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan memandangkan berlaku pada waktu cuti persekolahan dan selepas solat Jumaat.

Iklan
Iklan

"Kejadian ribut sering melanda kampung ini termasuk mengakibatkan seramai 93 penduduk terjejas pada Februari lalu.

"Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang laporan kediaman penduduk yang terjejas akibat kejadian semalam," katanya.

Iklan

Norhizam berkata, kejadian itu turut mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Rozana Zainal Abidin yang turut menyampaikan sumbangan segera.

"Saya memaklumkan kepada YB (Yang Berhormat) berkaitan kejadian ini dan beliau (Rozana) yang kebetulan menghadiri satu majlis berhampiran kampung bergegas ke tempat kejadian.

Iklan

"Beliau menghulurkan sumbangan segera kepada masjid dan kanvas sementara kepada SRA Seri Tiram Jaya," katanya.