MOA lancar Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030

Iklan
Salahuddin (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada johan kategori sayur peria, pertandingan hasil pertanian, Muhamad Amirul Ashraf Abd Halim. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 yang dilancarkan hari ini merupakan antara usaha dilakukan kerajaan untuk mengangkat industri itu sebagai sumber pendapatan baharu yang mampan dan kukuh.

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sehingga kini 717 usahawan terlibat dalam industri ternakan dan pengeluaran madu kelulut di seluruh negara, dan pelan itu dijangkakan dapat membantu golongan terbabit meraih pendapatan tinggi dengan melihat kepada pasaran antarabangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelan dihasilkan dengan kerjasama pintar Jabatan Pertanian Malaysia bersama pakar daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Akademi Kelulut Malaysia (AKM) selain pemain industri.

"Kita (kerajaan) fokus kepada pembangunan industri kelulut negara di mana kita mempunyai pelan 2020 -2030 yang membuktikan betapa seriusnya kita untuk membantu pemain industri kerana kita melihat madu kelulut ini terbukti dari kajian saintifik memberi sumbangan kepada kesihatan.

Iklan

"Oleh itu, ia memberi potensi dan peluang perniagaan yang begitu besar potensi kepada rakyat khususnya anak muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pelan itu dan pensijilan MyGAP Pemeliharaan Lebah & Kelulut di Pentas Budaya & Senitani Plaza Angsana di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salim Parlan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Haslina Abdul Hamid.

Iklan

Salahuddin berkata, industri kelulut menghasilkan sejumlah 133 metrik tan madu kelulut setahun, justeru untuk memastikan pemain-pemain industri mampu bersaing di uar negara, kerajaan juga memperkenalkan pensijilan myGAP (Amalan Pertanian Baik Malaysia) ke atas setiap produk yang dihasilkan golongan berkenaan.

"Bermakna setiap usahawan yang mahu mengeluarkan produk ini perlu mendapatkan pensijilan myGAP. Ini sangat penting dan paling asas untuk memastikan ‘food safety’ atau dalam kata lain memastikan setiap produk pertanian ini mematuhi standard piawaian dunia.

"Ia juga telah diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya yang memberitahu tempoh pemprosesan pensijilan adalah selama dua tahun setengah sebelum ini namun telah dipendekkan kepada tiga hingga lapan bulan ketika ini. - Bernama