Musim tengkujuh tahun ini tidak seteruk 2014

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Hanya biasa-biasa dan bukannya luar biasa, kata Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berhubung ramalan terhadap musim tengkujuh kali ini.

Mohd Hisham berkata, pihaknya juga meramalkan musim tengkujuh tahun ini tidak sebesar atau seteruk sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 2014 lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, semua pihak masih perlu sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan kelak.

"Kita sudah keluarkan kenyataan baru-baru ini di mana kita jangkakan perkara ini hanya biasa-biasa sahaja. Kita juga jangkakan antara empat hingga enam kali hujan lebat akan berlaku.

Iklan

"Ini berikutan angin Monsun Timur Laut dari penghujung Oktober hingga Januari 2020. Yang macam sekarang ini hujan akan berterusan dalam empat hingga lima, pada Januari kita jangka sudah tidak hujan.

"Apa pun jangkaan kita, ia tidaklah seteruk seperti yang berlaku pada tahun 2014. Kita jangkakan hanya biasa-biasa dan bukannya luar biasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, Mohd Hisham berkata, pada ketika ini tiupan angin dilaporkan mencecah sehingga 50 kilometer (km) sejam dengan ombak besar setinggi dua meter.

Justeru katanya, sebagai langkah berjaga-jaga orang ramai dinasihati untuk sentiasa bersiap sedia selain mengurangkan aktiviti air dalam tempoh yang telah dimaklumkan.

"Nelayan juga sedia maklum mengenai perkara ini namun diharapkan semua pihak bersedia," katanya.