Kenaikan harga barangan: Saifuddin minta Najib bantu kementerian

Iklan
Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar membantu kementerian itu menangani kenaikan harga barangan di pasaran.

"Saya suka untuk meminta Najib untuk membantu kementerian (dengan membuat aduan) dari masa ke semasa," katanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aduan yang lebih kerap dapat membantu KPDNHEP meneliti isu-isu kepenggunaan.

"Saya sangat bersyukur bekas PM turun padang dan mengambil peranan itu dan menghargai kesungguhan tersebut," katanya.

Iklan

Beliau berkata, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP telah membuat pemeriksaan di Pasar Datuk Keramat sepertimana aduan Najib.

"Kami telah teliti aduan itu dan laporan tersebut sudah siap namun saya belum berkesempatan untuk melihatnya," katanya.

Iklan

Tegas Saifuddin, pihaknya mengambil tindakan terhadap kesemua aduan termasuk rakyat.

"Bukan saja aduan datang dari bekas PM, tetapi aduan rakyat pun kami akan mengambil tindakan," katanya.

Semalam, Najib dalam catatan terbarunya di Facebook Najib Razak memaklumkan beliau membuat tinjauan di pasar berkenaan sehari selepas kerajaan menurunkan harga bahan api.

Ahli Parlimen Pekan itu juga turut berkongsi papan tanda harga telur yang dijual di pasar tersebut.

"Harga telur di Pasar Datuk Keramat pagi ini. Menteri kata turun tapi penjual kata naik," katanya.