MPK, SWCorp ambil tindakan awal tangani pencemaran

Iklan
Keadaan sampah sarap yang memenuhi pantai menyesakkan pandangan mata.

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan mengambil tindakan segera bagi menangani isu pencemaran di kawasan pesisir pantai di Hujung Tanjung Lumpur di sini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, pihaknya akan menghantar anggota untuk membuat tinjauan ke lokasi bagi memastikan isu sampah-sarah yang tersadai di kawasan terbabit diselesaikan.

Iklan
Iklan

"Jika perlu, tindakan usaha sama dengan agensi-agensi berkaitan juga akan diusahakan bagi menyelesaikannya secepat mungkin dan akan mengenal pasti punca," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sampah sarap berupa plastik dan bekas makanan memenuhi pesisir pantai itu, malah turut memenuhi persekitaran jeti nelayan yang menjadi pusat pendaratan ikan dan tumpuan pelanggan.

Iklan
Jeti pendaratan ikan dicemari sampah sarap.

Sementara itu, Pengarah SWCorp, Sharudin Hamid berkata, pihaknya akan segera menghantar pegawai untuk mengambil tindakan awal.

Menurutnya, SWCorp optimis menjadikan Pahang, khususnya Kuantan bandar bersih dalam usaha ke arah penarafan bandar raya dan Tahun Melawat Pahang 2020.

Iklan

"Justeru, maklumat dan aduan awam berkaitan sampah-sarap, pembukaan tempat pembuangan sampah secara haram dan lori sampah haram adalah dialu-alukan agar dapat meningkatkan kerjasama.

"Bukan itu sahaja, kita juga berkempen kepada semua masyarakat agar berani tegur dan berani ambil tindakan tegas untuk membuat laporan terhadap mereka yang membuang sampah merata-rata," katanya.