Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan

Iklan
Keadaan jalan dinaiki air di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini berkurangan kepada 42 keluarga membabitkan 1,436 mangsa.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada jam 7 pagi tadi, terdapat 906 mangsa di 24 PPS di Besut manakala 22 keluarga di Setiu membabitkan 62 mangsa di tiga PPS.

Iklan
Iklan

Mangsa banjir di Hulu Terengganu pula dicatatkan seramai 187 mangsa daripada 74 keluarga di dua PPS di daerah itu.

Selain itu, tiga PPS di Dungun menempatkan seramai 281 mangsa daripada 78 keluarga.

Iklan

Bagaimanapun, menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, tiga sungai di tiga stesen bacaan air di Setiu kini melepasi paras bahaya.

Tiga sungai terbabit ialah Sungai Nerus di Kampung Langkap dengan bacaan 21.37 meter (m) Sungai Setiu di Kampung Besut (27.61m) dan Sungai Besut di Kampung La (22.17m).

Iklan

Sementara itu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, hujan lebat masih melanda Terengganu.

"Kawasan sekitar Kampung Langkap dan Kampung Gong Terap semakin dinaiki air," katanya.