JOHOR BAHRU - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK) 2019 mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Sejak jam 8 pagi, tapak ekspo itu mula dipenuhi pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat penganjuran HPPNK 2019.
Iklan
Iklan
HPPNK 2019 berlangsung selama empat hari bermula 28 November dan berakhir hari ini di Padang A dan B Angsana Johor Bahru Mall di sini.
Nilai jualan dijangka mencecah RM30 juta yang dijana daripada pembelian oleh lebih 500,000 pengunjung termasuk dari Singapura, selain peluang padanan perniagaan membabitkan peserta dan syarikat luar.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Haslina Abdul Hamid (kiri) menyampaikan hadiah kepada pengunjung ke-250,000 HPPNK 2019 malam kelmarin. - FOTO ZAHID IZZANI
Forum Perdana Ehwal Islam menampilkan panel terdiri daripada Datuk Ahmad Badlishah Alaudin, Ustaz Ghazali Ibrahim, Datuk Yahya Ahmad dan Mohd Hariri Mat Daud sebagai moderator. Forum berkenaan disiarkan secara langsung dari tapak HPPNK 2019 di Angsana Johor Bahru Mall. - FOTO ZAHID IZZANI
Malam Budaya dan Senitani yang menampilkan persembahan kebudayaan seperti zapin, puisi, sajak, syair, teater Menunggu Kata Dari Tuhan, angklung dan konsert. - FOTO ZAHID IZZANI