Manfaat saluran dalaman parti: Saifuddin

Iklan
Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA - Ahli dan kepimpinan parti diingatkan agar memanfaatkan saluran dalaman parti yang tersedia untuk menyampaikan sesuatu bantahan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai sebuah parti reformasi yang dinamik, PKR telah membuka ruang seluas-luasnya kepada semua.

Iklan
Iklan

"Saya berpendapat sesebuah pertubuhan termasuklah PKR, proses membuat keputusannya sangat jelas," katanya.

Beliau berkata, platform yang tersedia adalah kongres tahunan parti, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Biro Politik PKR dan Pekeliling Setiausaha Agung yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Iklan

"Jadi, semua platform itu adalah platform yang tersedia untuk parti sama ada ahli biasa atau pun pimpinan Pusat, negeri atau cabang boleh manfaatkan untuk menyampaikan keluhan, rungutan dan sebagainya," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mempertahankan bantahan terbukanya berhubung pelantikan parti yang dibuat Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan menyifatkan bahawa ada isu tertentu yang memerlukan kenyataan terbuka.

Iklan

Jelas Mohamed Azmin, tindakannya itu tidak bererti beliau tidak peduli dengan saluran yang disediakan parti bagi menyatakan pandangan.

Beliau juga menegaskan sudah berjumpa Anwar beberapa kali sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan.

"Kita sentiasa berbincang dalam semua perkara. Jadi bagi saya tak ada masalah (keluarkan kenyataan terbuka).

"Saya jarang keluarkan kenyataan politik, apa lagi bertulis. Tapi itu tidak bererti saya tidak ikut saluran yang disediakan parti.

"Sebelum saya keluarkan kenyataan terbuka, saya telah berbincang dengan presiden parti, saya beberapa kali berjumpa Anwar, dan saya akan terus berbuat demikian, untuk berjumpa presiden, pemimpin, bagi membincangkan isu-isu parti.

"Tetapi ada masa kita kena buat kenyataan terbuka," katanya.

Dalam kenyataan bantahannya sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menggesa Anwar menilai semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti yang diumumkan pada 28 Disember lalu.