Dua sungai di Pahang melepasi paras berjaga-jaga

Iklan
Keadaan Sungai Pahang di kawasan Temerloh pagi tadi yang dikongsi pelayar Twitter, Haziq Asyraf JR.

KUANTAN - Paras air Sungai Lepar di stesen Jambatan Gelugor dan Sungai Pahang di stesen Sungai Yap, Jerantut melepasi paras berjaga-jaga sehingga jam 1 tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan terkini dikeluarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my, bacaan paras air Sungai Lepar di stesen Jambatan Gelugor mencatat bacaan 28.68 meter melepasi paras berjaga-jaga 28.50 meter.

Iklan
Iklan

Sungai Pahang di Stesen Sungai Yap pula mencatat bacaan 48.21 meter berbanding paras berjaga-jaga 48 meter.

Situasi semasa paras air sungai di dua stesen berkenaan menunjukkan trend meningkat.

Iklan

Bacaan paras air di stesen-stesen lain masih berada pada paras normal.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan jangkaan hujan lebat berterusan di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Iklan