Siasat doktor cucuk tangan bayi hingga 10 kali

Iklan
Status Facebook yang menunjukkan rasa sedih seorang wanita melihat tangan anaknya dicucuk sehingga 10 kali bagi mendapatkan darah. Gambar mula tular di media sosial memaparkan tangan milik seorang bayi yang mempunyai kesan dicucuk jarum. - Foto Facebook Sholehah Ikhwan

IPOH - Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan tindakan seorang doktor pelatih yang mencucuk tangan bayi baru lahir sehingga 10 kali bagi mendapatkan darah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, siasatan akan dilakukan berikutan amalan pegawai perubatan adalah hanya boleh melakukan dua kali percubaan untuk memasukkan jarum sebelum dirujuk kepada pegawai berpengalaman.

Iklan
Iklan

"Bayi yang dimasukkan ke hospital perlu terima rawatan. Masalah yang sering dihadapi bayi ini mempunyai saluran darah yang kecil dan ia bukan senang untuk dapatkan saluran itu.

"Menjadi amalan kita kalau doktor tersebut gagal dua kali, dia perlu rujuk kepada doktor senior. Tidak boleh mencuba hingga 10 kali. Bagaimanapun, kita akan siasat,” katanya.

Iklan
Boon Chye (kanan) merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia 2019 peringkat Kebangsaan di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia 2019 peringkat Kebangsaan di Kinta River Walk di sini hari ini.

Semalam tular di Facebook status bergambar seorang wanita yang berkongsi perihal bayinya yang mempunyai kesan suntikan di kedua-dua belah tangan dipercayai dilakukan cubaan doktor pelatih untuk mendapatkan darah pada hari pertama kelahiran.

Iklan

Berdasarkan status itu, wanita tersebut berasa sedih dengan tindakan doktor yang gagal dalam percubaan memasukkan jarum serta gagal mendapatkan darah.