NEW CLARK CITY - Atlet acara sukan tarian Sam Lee Jek menghadiahkan pingat emas kedua untuk kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-30 selepas memenangi acara break dance di Ballroom Royce Hotel & Casino, dekat sini hari ini.
Atlet berusia 24 tahun dengan nama julukan Lego Sam mengetepikan empat pencabar lain dalam liga sepusingan apabila mengumpul 12 mata disusuli atlet Vietnam, Le Huu Phuoc (9 mata) manakala pingat gangsa disandang oleh wakil Singpura. Jeremy Sim Eng Kiat dengan empat mata.