Isu abu mayat Chin Peng singgung sensitiviti majoriti rakyat

Iklan
Abd Rahman (empat dari kiri) bergambar pada Majlis Perasmian Jalinan Kasih Silaturahim PVATM Cawangan Sabak Bernam di Sekin Resort di sini hari ini.

SEKINCHAN - Tindakan membawa abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia dianggap menyinggung perasaan dan sensitiviti masyarakat di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Dr Abd Rahman Bakri berkata, ahli keluarga prajurit khususnya lebih terasa dengan situasi tersebut berikutan ahli keluarga mereka pernah menjadi mangsa kekejaman komunis suatu ketika dahulu.

Iklan
Iklan

"Majoriti masyarakat kita apabila disebut sahaja komunis, maka kita masih lagi terasa dan terngiang-ngiang dengan kezaliman yang dilakukan.

"Komunis telah banyak menyusahkan dan menyeksa kehidupan rakyat ketika cuba menguasai tanah air," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Majlis Jalinan Kasih Silaturahim Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Sabak Bernam di Sekin Resort di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Rahman turut menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang membawa abu mayat Chin Peng pulang ke negara ini.

Iklan

"Hal ini penting kerana kita tidak mahu keluarga bekas veteran yang terlibat di zaman komunis berasa tersinggung.

"Pihak kerajaan jangan politikkan perkara ini kerana ia merupakan suara majoriti rakyat yang memang menolak abu mendiang Chin Peng dibawa pulang ke negara ini," katanya.