KUALA LUMPUR - Kedatangan pelancong asing ke negara ini tahun ini dijangka tidak akan terjejas susulan pelaksanaan larangan merokok di restoran berkuat kuasa 1 Januari lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah berkata larangan merokok itu tidak akan menjadi masalah kepada 28.1 juta bakal pelancong asing kerana mereka boleh menyesuaikan diri dengan peraturan negara mereka lawati.