[Video] ‘Ini bola jaring ke ragbi’

Iklan
Video tersebut kini tular di media sosial yang meraih 310,900 yang menonton video itu.

GOPENG - Video memaparkan gelagat dan telatah sekumpulan lelaki bermain bola jaring, iaitu sukan didominasi golongan wanita ternyata mencuit hati warga maya sehingga segelintirnya menyifatkannya seperti menonton ragbi.

Ini kerana video dikongsi Najwa melalui akaun Twitternya itu memperlihatkan aksi-aksi lebih bertenaga ditunjukkan pensyarah Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) yang bertanding bola jaring dianjurkan institusi itu.

Iklan
Iklan

Lebih mencuit hati apabila tenaga pengajarnya bersemangat beraksi di padang sambil mengejar bola di tangan pasukan lawan sehingga menyebabkan tiang gol di hujung padang tumbang, selain masing-masing menunjukkan skil merebut bola di atas padang.

Video tersebut kini tular di media sosial yang meraih 310,900 tontonan dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat serta telatah ditunjukkan pensyarah-pensyarah tersebut.

Iklan

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen lucu selepas melihat ‘aksi hebat’ mereka bermain bola jaring.

pic.twitter.com/S2jjFSMtUW

Iklan
— Jo’s (@_Najooo_) November 30, 2019