Banjir: Bomba selamatkan lembu

Iklan
Ibrahim (hadapan) dan anggotanya menarik lembu ke tempat tinggi selepas kawasan kampung berkenaan ditenggelami banjir.

PASIR PUTEH - Sekumpulan lembu turut diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh ketika melakukan operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir di Kampung Gong Keding dekat sini hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Mohd Rohin bersama anggotanya menarik lembu tersebut ke tempat tinggi selepas kawasan kampung berkenaan ditenggelami banjir.

Iklan
Iklan

Hujan lebat tanpa henti sejak kelmarin menyebabkan kawasan kampung berkenaan ditenggelami banjir.

Kampung Gong Keding antara 16 buah kawasan di jajahan Pasir Puteh yang dinaiki air.

Iklan

Hujan lebat tanpa henti yang sedang berlaku ketika ini dijangka akan memberikan kesan kepada beberapa lagi kawasan rendah untuk ditenggelami banjir.

Bagaimanapun, anggota pasukan penyelamat yang terdiri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Rakyat sentiasa membuat pemantauan dari masa ke masa.

Iklan

Tindakan ini bagi memastikan gerak kerja menyelamat mangsa banjir berada pada tahap terbaik.

Ibrahim (hadapan) dan anggotanya menarik lembu ke tempat tinggi selepas kawasan kampung berkenaan ditenggelami banjir.