320 kilang kayu berdaftar di Pahang

Iklan
Grippin (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Zon Pahang Timur Muhammad Firdaus Abdul Karim pada majlis penutup operasi bersepadu Op Kilang di pekarangan Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau hari ini.

KUANTAN - Sebanyak 320 kilang berasaskan kayu yang berdaftar di negeri ini mematuhi semua syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, terdapat 22 lagi kilang dalam proses pemutihan dan beberapa permohonan lesen baharu akan diluluskan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Menurut, kini pihaknya dalam proses menyemak dan pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh di premis terbabit.

"Saya tidak menolak kemungkinan masih banyak kilang berasaskan kayu di negeri ini yang tidak memiliki lesen dan mereka seolah-olah tidak berminat mendapatkan lesen kerana beberapa faktor seperti percaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan aktiviti dilakukan.

Iklan

"Tindakan ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka ingin mencabar undang-undang dengan bersikap keras kepala padahal permohonan mendapatkan lesen mengusahakan kilang berasaskan kayu tidak terlalu rumit dan membebankan pemilik," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup operasi bersepadu ops kilang di pekarangan Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau hari ini.

Iklan

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Grippin Akeng.

Mohd Hizamri berkata, disebabkan itu Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perhutanan diminta mengadakan operasi bersepadu Op Kilang secara berterusan sepanjang tahun membabitkan semua daerah.

"Saya yakin usaha yang berterusan sahaja dapat menyekat kilang haram daripada terus wujud di negeri ini, mereka yang degil dan ingkar akan didakwa di mahkamah.

"Kita tidak akan berkompromi dengan pihak terbabit, hanya hukuman sahaja dapat menyedarkan mereka," katanya.