Selesai isu sensitif secara harmoni, matang

Iklan

CADANGAN Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi membincangkan isu-isu sensitif melibatkan semua kaum seharusnya dianggap sebagai langkah positif dalam hubungan kaum.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-55 kelmarin, Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program yang dinamakan ‘Dialog Harmoni’ itu perlu diadakan secara terbuka bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum seterusnya meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

Malaysia seperti yang kita ketahui kerap terpaksa menangani isu-isu sensitif lebih-lebih lagi yang membabitkan perkauman dan agama.

Hal-hal yang sepatutnya diselesaikan dengan baik bagaimanapun diapi-apikan pula oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial.

Iklan

Pihak berkuasa selama ini sememangnya tidak akan bertolak ansur dalam hal yang boleh mencetuskan sentimen ketegangan kaum di negara ini.

Punca berlakunya isu-isu membabitkan perkauman dan agama disebabkan kurangnya persefahaman di antara kaum.

Iklan

Dengan adanya ‘Dialog Harmoni’ itu, ia boleh menjadikan sebagai pintu untuk menerima sebarang pendapat dan pandangan berbeza daripada semua kaum. Berkomunikasi semestinya lebih baik daripada berkonfrontasi.

Rakyat di Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat yang berbudi bahasa dan masyarakatnya boleh hidup majmuk dalam keadaan harmoni.

Kita tidak mahu amalan dan sifat keterbukaan itu memberi peluang kepada sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk menjadikan isu kaum dan agama sebagai agenda sendiri.

Seperti yang dikatakan Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda UMNO, setiap kaum ada kekuatan masing-masing namun ada juga perkara sensitif dan nilai berbeza perlu difahami bersama.

Kepelbagaian kaum, agama dan budaya sesungguhnya adalah harta yang tidak ternilai dimiliki oleh negara kita.

Oleh itu, adalah penting untuk mengekalkan kestabilan yang telah kita membina sejak lebih 60 tahun yang lalu.