KOTA KINABALU - Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt hari ini berkata parti itu menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Bersatu tidak melebarkan sayap ke negeri berkenaan.
Wong yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, berkata DAP Sabah gembira bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Mohd Shafie untuk memastikan rakyat negeri itu menikmati kehidupan lebih baik.