PUTRAJAYA - Golongan miskin perlu berusaha sendiri dan tidak perlu hanya bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan setiap masa.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin golongan berkenaan dapat meningkatkan pendapatan jika mereka menggunakan bantuan kerajaan seperti pinjaman modal dan latihan berkaitan perniagaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerajaan akan mengenal pasti sektor pekerjaan yang boleh diusahakan rakyat miskin untuk menambah pendapatan.
"Walaupun kerajaan inginkan syarikat dan perusahaan memberi peluang kepada mereka, tidak semua kilang boleh melakukannya," katanya dalam ucapan sempena Himpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra hari ini.
"Tukarlah cara kita menerima dan mengatasi masalah kemiskinan, janganlah tertunggu-tunggu supaya dapat diberi bantuan kewangan," katanya.
Katanya, golongan miskin juga perlu menerima cadangan kerajaan untuk berusaha mengatasi kemiskinan.
Artikel Berkaitan