Kapal kargo karam, barangan Sale 11.11 lesap?

Iklan
Paparan kapal kargo karam tular di laman sosial.

TAIPEI - Sebuah kapal kargo dipercayai membawa muatan barangan ketika promosi Sale 11.11 karam selepas berlaku perlanggaran di perairan Minjiang.

Kapal kargo dari Taiwan itu dikatakan sedang membawa barangan dari TaoBao sebelum dihantar kepada pembeli.

Iklan
Iklan

Menurut laporan ETToday dan World off Buzz, sembilan anak kapal berjaya diselamatkan manalaka tujuh kru masih hilang dan dua disahkan maut.

Akibat kejadian itu juga sebanyak 879 tan barang di atas kapal tenggelam ke dalam laut.

Iklan

Berita itu memberi tamparan hebat kepada pembeli apabila lebih 100 individu mula membuat aduan kepada TaoBao supaya memulangkan duit jika barang tiada hingga tular di laman sosial.

@khchee menulis,"Saya mahu duit dikembalikan, jika barang tiada."

Iklan

"Ini perkara yang amat dahsyat, saya berharap barang saya selamat," kata Juankie.

Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan kepada semua pembeli bahawa proses pampasan akan disalurkan menerusi pembayaran AliPay.

Perkhidmatan pelanggan juga akan terus menghubungi pembeli untuk memudahkan kaedah pemprosesan tersebut.

Difahamkan, insiden berkenaan pertama kali berlaku melibatkan pengurusan logistik TaoBao.