Polis dan masyarakat berpisah tiada

Iklan
Seramai 1000 orang peserta terdiri daripada warga PDRM Kontinjen Selangor dan masyarakat setempat memeriahkan program kayuhan komuniti bertempat di perkarangan Masjid As Salam semalam. -Foto Facebook Polis Selangor

SUBANG JAYA - Seramai 1,000 peserta terdiri daripada warga PDRM Kontinjen Selangor dan masyarakat memeriahkan program kayuhan komuniti di perkarangan Masjid As Salam semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, program bertemakan Polis dan masyarakat berpisah tiada adalah kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dengan Pengurusan Masjid As Salam Puchong Perdana.

Iklan
Iklan

"Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat setempat.

di samping melahirkan warga yang sihat dan cerdas melalui aktiviti sukan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kayuhan Komuniti Bersama Ketua Polis Selangor Ride With Blue dan Sambutan Sedekad Masjid As Salam Puchong Perdana semalam.

Iklan

Terdahulu, peserta menyertai kayuhan komuniti sejauh 20 kilometer dan pelepasan dilakukan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Datin Roshafiza Abd Halim

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed; Naib Pengerusi Perkep Selangor, Datin Baidzura Busu dan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Masjid Negeri Selangor, Ustaz Mohammad Khair Zainal Abidin.

Iklan