Badang Kedah azam baiki pencapaian Sukma 2020

Iklan
Ismasuhaimi Shariff

ALOR SETAR - Persatuan Sukan Angkat Berat Kedah berazam untuk membaiki pencapaian mereka di Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 selepas berjaya mengutip tiga pingat emas di Sukma Perak tahun lalu.

Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Kedah Darul Aman, Ismasuhaimi Shariff berkata, bagaimanapun pihaknya sedang meneliti dan merancang strategi bergantung kepada kategori-kategori yang dipertandingkan oleh tuan rumah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tidak semua kategori yang dipertandingkan dan pihaknya berharap Johor akan mempertimbangkan beberapa rayuan dari beberapa negeri yang mahu beberapa kategori lagi ditambah.

"Kami masih lagi merangka strategi lebih baik di mana persatuan mensasarkan pencapaian yang lebih baik daripada Sukma Perak pada 2018.

Iklan

"Namun kami masih perlu melihat jika rayuan untuk menambah kategori itu berjaya maka kami percaya usaha untuk membawa balik sekurang-kurangnya tiga pingat emas atau lebih mampu diperolehi," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Atlet Sukan Angkat Berat Kedah 2019 di Menara Alor Setar.

Angkat berat antara sukan yang diberikan perhatian oleh Kontinjen Kedah pada Sukma 2020 selain sukan perahu layar, basikal, skuasy dan Muay Thai dalam usaha untuk mencapai sasaran 25 pingat emas.

Iklan

Terdahulu, Exco Kedah merangkap Penasihat Persatuan Angkat Berat Negeri Kedah Darul Aman, Datuk Dr Ismail Salleh turut hadir meraikan atlet-atlet angkat berat bersama ahli jawatankuasa persatuan, jurulatih dan guru-guru pengiring.

Anugerah yang julung kali diadakan itu juga bertujuan memberikan motivasi selain meraikan pencapaian yang ditunjukkan oleh setiap atlet angkat berat sepanjang tahun 2019.

Pada majlis tersebut, olahragawan angkat berat Kedah menjadi milik Mohd Hazzim Alias dan olahragawati angkat berat Kedah pula menjadi milik Mastura Kamaruddin.

Bagi atlet harapan angkat berat wanita menjadi milik Siti Barirah Azahar dan atlet harapan angkat berat lelaki pula milik Mohd Hakimi Shukry.