Tiga rumah terbakar

Iklan
Bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran dari merebak.

PANDAN INDAH - Sebanyak tiga rumah di Kampung Cheras Baru, di sini, musnah terbakar, tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 12.30 tengahari.

Iklan
Iklan

"Seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dan Ampang bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran rumah di Kampung Cheras Baru.

"Kebakaran membabitkan tiga rumah, sebuah rumah musnah 100 peratus, manakala dua buah rumah lagi terbakar 50 dan 20 peratus,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran ini.

"Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Iklan