TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong telah mengarahkan sekretariat Majlis Sukan Negara (MSN) di Sukan SEA di Filipina untuk bersiap sedia menghadapi Taufan Kummari.
Katanya, pihaknya akan terus memantau keadaan dan berhubung dengan pihak berkuasa negara itu termasuk Philippine SEA Games Organising Committee (PHISGOC) bagi memastikan keselamatan atlet, pegawai sukan dan rakyat Malaysia yang terlibat dalam temasya sukan itu.