KOTA BHARU – Kerajaan minta rakyat hentikan spekulasi mengaitkan isu perkahwinan menjadi alasan kepada peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa makluman mengenai perkara tersebut sebelum ini, sehinggalah perkara tersebut diputuskan baginda kelmarin.