Orang terkuat Britain meninggal dunia

Iklan
Plant meninggal dunia pada usia 47 tahun.

LONDON - Orang terkuat Britain, Simon 'Power' Plant yang memegang 14 rekod dunia dilaporkan meninggal dunia pada usia 47 tahun.

Sebelum kematiannya, Plant menjalani latihan untuk cabaran terbaharu iaitu menarik kereta bomba seberat 19 tan yang disangkutkan pada sebuah ambulans.

Iklan
Iklan

Plant juga terkenal kerana makan 28 biji telur mentah dan enam biji kentang panggang sehari.

Menurut laporan media, Plant mengalami masalah kesihatan selepas beratnya meningkat kepada 165 kilogram (kg).

Iklan

Dia bagaimanapun hilang 35 kg selepas menjalani latihan untuk cabaran seterusnya bagi mengumpul wang tunai untuk kebajikan kanak-kanak.

Difahamkan, Plant meninggal dunia akibat 'semula jadi'.

Iklan

Pada musim panas lalu, Plant memecahkan rekod dunia selepas berjaya menarik bas dua tingkat yang memuatkan 76 penumpang dan anjing dengan hanya satu tangan.

Dia juga pernah mengheret beban 17 tan selama sejauh 18 meter dalam masa 26 saat. - Agensi