Kerajaan laksana penyelarasan undang-undang bersifat rehabilitasi

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan kerajaan kini sedang melakukan penyelarasan semula undang-undang yang lebih bersifat rehabilitasi berbanding menghukum pesalah lakunya.

Mujahid berkata, langkah itu bertujuan untuk memberi ruang kepada pesalah bagi mereka memperbaiki diri.

Iklan
Iklan

"Yang paling penting dalam penyelarasan undang-undang yang dilakukan itu daripada elemen hanya menghukum kepada rehabilitasi.

"Jadi mereka yang dikatakan bersalah atas apa-apa kesalahan ada peluang dan ruang untuk diberi nasihat dan sudah tentu mereka perlu melihat kepada kategorinya (kesalahan),” katanya pada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Iklan

Mujahid mengulas pertanyaan pemberita berhubung kes enam lelaki termasuk tiga bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu semalam kerana tidak solat Jumaat pada Ogos lalu.

Menurut laporan media, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) pindaan 2016 kerana tidak menunaikan solat Jumaat yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun jika bersabit kesalahan. - Bernama

Iklan