Phisgoc sah Sukan SEA tidak dilanjutkan di sebalik ancaman taufan

Iklan
Sukan SEA Filipina 2019

MANILA - Temasya Sukan SEA ke-30 akan diteruskan seperti biasa dan tidak akan dilanjutkan walaupun Filipina berdepan dengan ancaman Taufan Tisoy yang diramal melanda negara itu awal pagi esok, demikian menurut Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2019 Filipina (Phisgoc).

Ketua Pegawai Operasinya, Ramon Suzara berkata, pegawai teknikal sudah mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah berkaitan taufan itu termasuk keperluan meminda venue pertandingan atau menunda acara.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak akan melanjutkan atau menunda tarikh temasya dwitahunan itu serta akan mengikut jadual penutupan seperti dirancang pada 11 Disember ini.

Temasya sukan tersebut berlangsung di tiga lokasi utama iaitu Manila, Clark dan Subic.

Iklan

"Semua pegawai teknikal boleh berbincang dengan kontinjen yang bertanding mengenai kemungkinan penyusunan semula format pertandingan bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Pihak berkuasa pengurusan bencana alam negara itu telah mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kuat dijangka melanda negara itu susulan taufan tersebut.

Iklan

Susulan amaran tersebut, Phisgoc telah menangguhkan pertandingan luncur angin yang dijadual bermula semalam.

Ramon berkata, pihak penganjur mempunyai pelan kecemasan termasuk meneruskan acara dalam dewan seperti bola keranjang dan bola tampar tanpa kehadiran penonton.

"Beberapa hari lalu, saya mengarahkan semua pengurus pertandingan dan pengurus venue supaya bersiap sedia dengan pelan kecemasan dan sudah ada dasar operasi untuk semua pengurus pertandingan, venue dan pegawai teknikal sekiranya berlaku taufan.

"Kami juga sudah mengarahkan semua kontraktor venue untuk membuka khemah di venue pertandingan di venue terbuka sejak semalam,” katanya. - Bernama