Rumah teres hangus

Iklan
Anggota bomba dari lima BBP membantu memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah rumah teres kelas C di Taman Keramat di sini, malam tadi.

AMPANG - Sebuah rumah teres di Lorong Enggang 17, Taman Keramat di sini hangus dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 9.46 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, BBP Pandan, BBP Selayang, BBP Keramat dan BBP Jelatek dikejarkan ke lokasi.

"Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas C berkeluasan 30x80 kaki persegi.

Iklan
Iklan

"Rumah terbabit terbakar seratus peratus namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu," katanya.