Pekan Rantau Panjang umpama taman tema air

Iklan
Situasi ini hanya dapat dilihat setiap kali pekan Rantau Panjang ditenggelami banjir.

RANTAU PANJANG - Kawasan di sepanjang laluan simpang empat lampu isyarat di Kampung Banggol Kulim ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang bertukar menjadi 'taman tema air' terbuka sejurus kawasan itu ditenggelami banjir sejak semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bermain air seolah-olah menjadi satu pesta.

Iklan
Iklan

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga tidak melepaskan peluang untuk bermain air di kawasan berkenaan termasuklah di kompleks bebas cukai Rantau Panjang.

Tidak cukup dengan itu, gerai-gerai kecil menjual makanan dan minuman turut dibuka di kawasan berhampiran laluan tersebut.

Iklan
Pekan Rantau Panjang bertukar menjadi taman tema air terbuka sejurus kawasan itu ditenggelami banjir sejak kelmarin.

Uniknya, situasi itu hanya dapat dilihat setiap kali pekan Rantau Panjang ditenggelami banjir.

Bagaimanapun, tindakan menjadikan banjir sebagai satu pesta perlu diubah kerana ia melibatkan soal keselamatan nyawa.

Iklan

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Pengerusi Pertubuhan Infra Rantau Panjang, Nasran Nasuha yang mahu orang ramai tidak menjadikan banjir sebagai pesta.

Mohd Nasran berkata, meskipun penduduk Rantau Panjang sudah 'masak' dengan banjir namun aspek keselamatan tetap perlu diutamakan.

"Stigma banjir pesta bermain air perlu diubah kerana ia melibatkan soal keselamatan nyawa.

"Jangan kerana mahu bergembira kita abaikan soal keselamatan sebaliknya patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Situasi ini hanya dapat dilihat setiap kali pekan Rantau Panjang ditenggelami banjir.

"Jika tetap mahu bermain banjir, pastikan kawasan itu cetek dan arusnya tidak laju. Bukan itu sahaja golongan ibu bapa perlu membuat pemantauan bagi mengelakkan berlakunya kejadian buruk di musim banjir," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Imran Ismail menasihati orang ramai supaya tidak bermain banjir.

Katanya, tindakan bermain banjir itu boleh mengancam keselamatan nyawa.