Ronnie Liu pertahan tindakan sertai perjumpaan

Iklan
Ronnie

SHAH ALAM - Pertemuan kira-kira 300 individu termasuk bekas ahli kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah dewan di Kajang kelmarin bertujuan menghargai perdamaian yang dikecapi hasil perjanjian 30 tahun lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Ronnie yang turut hadir pada perjumpaan itu berkata, tiada sebarang maksud lain dalam majlis yang dianjurkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau dijemput ke majlis berkenaan yang turut menampilkan panelis daripada golongan akademik.

"Saya dijemput atas sebab untuk meraikan perdamaian. Siapa nak salahkan kalau mereka meraikan 'perdamaian'.

Iklan

"Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan. Jadi apabila ada yang kata perjumpaan sebegini untuk sebar ideologi dan sebagainya, ini tak benar sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan penyokong komunis semakin berani

Iklan

'Cubaan tegakkan semula ideologi komunis'

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja program terbabit, Wong Kam Leong berkata, pertemuan itu sekadar mengeratkan kembali hubungan di antara mereka yang sudah lama tidak bertemu.

"Kebanyakan bekas ahli PKM sudah berusia antara 60 hingga 80 tahun yang mana perjumpaan itu bertujuan memperkukuhkan kembali perkenalan mereka.,” katanya.