Perjumpaan seolah-olah mengundang penjajahan komunis

Iklan
Shaharudin Omar

SHAH ALAM - Pertemuan bekas ahli kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM) yang berlangsung di Kajang kelmarin seolah-olah mengundang penjajahan semula komunis di Malaysia.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Kapten (B) Datuk Shaharudin Omar berkata, jika tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan, tidak mustahil kumpulan itu akan terus bermaharajalela memperjuangkan sejarah silam mereka.

Iklan
Iklan

"Saya khuatir jika terdapat agenda lebih besar akan berlaku sehingga membawa kepada zaman darurat seperti pemerintahan komunis suatu ketika dahulu.

"Jika situasi ini tidak dibendung oleh kerajaan, tidak mustahil mereka yang terlibat akan lebih taksub untuk bermaharajalela dengan perjuangan mengembalikan sejarah silam negara," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Apa jua perjumpaan libatkan PKM adalah haram'

'Cubaan tegakkan semula ideologi komunis'

Iklan

Shaharudin berkata, sebagai wakil veteran anggota tentera, beliau kecewa dengan tindakan kumpulan berkenaan yang mengagungkan perjuangan komunis dan bukannya menghargai perjuangan tentera yang bermati-matian mempertahankan tanah air.

"Saya selaku wakil pihak veteran berasa sangat terkilan malah perjuangan kami selama bertahun dahulu ibarat diketepikan jika komunis kembali diagungkan.

"Sudah tentu bahang cabaran ini sudah wujud namun kami masih menghormati kedaulatan undang-undang negara dan jangan sampai kita menjadi seperti mereka yang bertindak bertentangan dengan undang-undang," katanya.