Tabah jaga ibu saudara uzur di PPS

Iklan

PASIR MAS - Seorang pemuda terpaksa mendukung ibu saudaranya yang uzur untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum, petang semalam.

Muhammad Shahril Musa, 29, berkata, dia berpindah di PPS itu selepas kediamannya di Kampung Bujuk, Tok Uban dinaiki air setinggi paras pinggang.

Iklan
Iklan

"Ketika berpindah, saya mendukung ibu saudara saya meredah air sejauh 100 meter sebelum mendapat bantuan daripada penduduk kampung.

"Ibu saudara saya yang berusia 65 tahun itu mempunyai masalah penyakit meroyan selain uzur," katanya ketika ditemui Bernama di PPS terbabit di sini hari ini.

Iklan

Muhammad Shahril berkata, bukan hanya cabaran untuk berpindah sahaja yang perlu dialami, malah cabaran itu turut dialami olehnya ketika berada di PPS terbabit untuk menjaga ibu saudaranya itu.

"Bayangkan ketika mahu berpindah sahaja, pelbagai karenah ibu saudara saya. Dia kata tiada air dan tidak mahu berpindah. Saya terpaksa memujuknya untuk berpindah kerana risau dengan keselamatannya. Apabila berada di PPS saya terpaksa memberikan perhatian yang khusus kepadanya, kadangkala tingkah lakunya tidak boleh diduga," katanya.

Iklan

"Kadang-kala penghuni PPS itu turut membantu ibu saudara saya ketika makan, buang air dan sebagainya, mereka anggap ibu saudara saya seperti ahli keluarga mereka sendiri.

"Ibu saudara hanya rapat dan mendengar kata saya berbanding ahli keluarga lain, selain anak tunggal ibu saudara tidak dapat pulang kerana bekerja di luar Kelantan," katanya yang berpindah di PPS itu bersama lima ahli keluarga lain. - Bernama