KEMUNCULAN Datuk Seri Siti Nurhaliza di platform niaga digital, GoShop, pada Ahad mempromosikan set istimewa periuk Vantage ternyata telah mencuri perhatian ramai peminat dan pengikut setianya di platform tersebut.
Difahamkan penyanyi tersohor itu berjaya menjual 22,000 unit produk tersebut yang setiap satunya berharga RM369 dalam masa lebih dua jam bersiaran. Ini bermakna Siti turut membuat rekod perolehan keseluruhan sebanyak lebih RM8juta.