Hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan di Sarawak

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Amaran cuaca peringkat waspada telah dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak, dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga Khamis ini.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah. - Bernama