RIO DE JANEIRO - Pihak berkuasa Brazil telah menahan seorang lelaki yang didakwa merancang menyerang Presiden Jair Bolsonaro.
Lelaki berkenaan diberkas pada 29 November lalu selepas memuat naik gambar dan video mengenai rancangan menyerang Bolsonaro di media sosial, menurut Polis Persekutuan dalam satu kenyataan semalam.
Pada tarikh berkenaan, Bolsonaro sedang melakukan lawatan kerja ke sebuah akademi polis di bandar Tres Coracoes, tenggara Brazil. - Agensi