JAWATANKUASA Penganjuran Sukan SEA 2019 Filipina (PHISGOC) terpaksa menunda beberapa acara di beberapa venue kerana bimbang dengan ancaman Taufan Kammuri yang dijangka melanda negara itu bermula hari ini.
Pihaknya dalam satu kenyataan awal pagi ini berkata, antara sukan yang terbabit ialah petanque, pelayaran, papan selaju dan surfing.
Iklan
Iklan
"Sebagai contoh acara bola tampar pantai yang dijadualkan berlangsung hari ini telah diawalkan semalam dan ditunda esok. Begitu juga dengan sepak takraw yang sepatutnya berlangsung hari ini akan bersambung pada hari esok," katanya.
Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan Filipina turut menangguhkan jadual penerbangan ke negara itu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila turut ditutup atas faktor keselamatan.
Berdasarkan situasi tersebut, beberapa atlet negara yang menyertai acara Sukan SEA seperti olahraga, gimrama, terjun, skuasy dan sukan elektronik terkandas di Kuala Lumpur.