Mangsa banjir di Batu Pahat kekal

Iklan
Petugas JPBD Batu Pahat membantu mangsa di PPS berkenaan.

BATU PAHAT - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan kira-kira 52 mangsa akibat banjir lumpur di tiga kawasan di sekitar daerah ini masih dibuka sehingga semalam.

PPS yang dibuka di Sekolah Agama Seri Comel di sini itu menempatkan kira-kira 13 keluarga dari Kampung Parit Betong, Kampung Parit Abdul Hadi dan Kampung Parit Ju.

Iklan
Iklan

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, keadaan banjir di kawasan itu berada dalam keadaan terkawal dan tiada penambahan mangsa.

"Keadaan di PPS juga terkawal, buat masa ini kita tidak menerima lagi sebarang penambahan mangsa daripada kawasan lain.

Iklan

"Paras air juga dilihat menunjukkan penurunan, sebab hujan tidak turun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, JPBD Batu Pahat turut memaklumkan petugas bencana masih berada dalam keadaan siap siaga untuk menanti sebarang kemungkinan.

Iklan

"Kita sedang bersiap siaga, sebab keadaan tidak menentu, walaupun tidak hujan tetapi cuaca masih mendung,” katanya.